GOTONG-ROYONG PERDANA JAJAHAN MACHANG
Tarikh: 4 Syaaban 1442h Bersamaan18 Mac 2021
Tempat: Taman Mercu Damai
Majlis Gotong-royong Perdana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn. Hj. Roseli bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning. Turut sama YABrs Tn. Hj. Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Yang DiPertua MDM. Gotong royong telah diadakan disekitar bandar Machang. Bersama menjaga kebersihan dan keindahan Jajahan Machang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Gotong-royong Perdana.
Penglibatan: MDM, PDRM, Pejabat Tanah Jajahan Machang, Bomba Machang, Hospital Machang, RELA, JPAM, Pejabat Kesihatan Machang, Pejabat Ukur, Pejabat Agama Machang,Giat Mara dan Lain-lain Agensi dan Jabatan.
KURSUS ASAS PENYEMBELAHAN JAJAHAN MACHANG.
Tarikh: 27 Rejab 1442H Bersamaan 11 Mac 2021
Tempat: Masjid Sultan Ismail Petra Machang.
Anjuran: Majlis Daerah Machang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Masjid Sultan Ismail Petra Machang.
LAWATAN EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN & KESIHATAN NEGERI KELANTAN KE MAJLIS DAERAH MACHANG.
Tarikh: 16 Februari 2021
Tempat: Majlis Daerah Machang.
Lawatan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr. Hj. Izani Hussin bagi meninjau kemajuan pembinaan dataran dan kiosk jualan berkonsepkan kontena di Padang Majlis Daerah Machang. Saya telah menyampaikan peruntukan Kesejahteraan Rakyat yang berjumlah RM390,000.00 kepada YDP Majlis Daerah Machang bagi tujuan-tujuan naik taraf kemudahan awam seperti pasar, taman rekreasi, gerai, dataran, tandas awam dan sebagainya. Terima Kasih diucapan.


MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN JASA MU DIKENANG (PERSARAAN) 2020.
Tarikh: 27 Disember 2021 / 12 Jamadil Awal 1442H
Tempat: Dewan Serbaguna Majlis Daerah Machang.
Majlis telah disampaikan oleh YABrs En. Hazmi Bin Abdul Hamid Yang Dipertua MDM. Taniah diucapkan kepada semua penerima.