Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan
-
Menjalankan siasatan dan memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan yang berkaitan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
-
Mengambil tindakan segera yang bersesuaian ke atas aduan kacauganggu yang memerlukan tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang.
-
Pemantauan perlaksanaan dan tindakan penguatkuasaan undang-undang akan dilakukan secara cekap, tegas dan harmoni berlandaskan undang-undang dan prinsip Islam.
-
Mengendalikan tuntutan barangan rampasan dengan kadar segera setelah segala urusan denda dan kompaun dijelaskan.
-
Menjalankan operasi-operasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
-
Mengadakan operasi terhadap premis yang tidak membayar sewaan seperti yang telah ditetapkan sebanyak 2 kali sebulan.
-
Mengadakan operasi menangkap haiwan merayau dikawasan yang dilarang menternak haiwan sebanyak 2 kali sebulan
-
Menjalankan pemeriksaan ke atas meter tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak kereta dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.
-
Pemeriksaan ke atas petak letak kereta dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.
-
Mengadakan operasi pada malam hari bergantung pada kes yang dilaporkan kritikal sebanyak 1 kali sebulan.
-
Melakukan pemeriksaan kebersihan/ keselamatan dan kacauganggu mengikut jadual 2 kali sebulan.
-
Melakukan pemeriksaan terhadap iklan yang dipaparkan dalam bentuk banner, papan tanda/billboard, sepanduk, iklan tiang lampu dan papan iklan sementara menikut jadual 2 kali sebulan.
-
Melakukan pemantauan terhadap lesen kerja-kerja tanah, bangunan dan lain-lain mengikut jadual 6 kali sebulan.
-
Melaksanakan pemantauan terhadap Pasar Isnin mengikut jadual 4 kali sebulan.
-
Mengeluarkan kompaun terhadap pelbagai kesalahaan setiap hari.
-
- Susunan jadual dan cara kerja akan dibuat penilaian semula setiap 6 bulan bagi penambahbaikan mutu kerja dan keberkesanan untuk meningkatkan hasil Majlis Daerah Machang dan sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan.