Skip to main content

UNIT INTEGRITI DAN TADBIR URUS

 PEGAWAI INTEGRITI MAJLIS DAERAH MACHANG

 PSU Nama
:

EN. NASRUL SYAMIM BIN MOHAMMAD  YUSOFF

Jawatan
:
Penolong Setiausaha Majlis Daerah Machang N9
Alamat
:

Majlis Daerah Machang
18500 Machang, Kelantan.

Telefon
:
09-9751076
Faks
:
09-9751431
Emel
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

OBJEKTIF

  • Untuk menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

VISI

Peneraju Perkhidmatan Awam yang TERBILANG.

MISI 

Melahirkan Penjawat Awam  Yang Bertaraf Dunia.

Memperkasakan Sistem Pengurusan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

FUNGSI

Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Majlis Daerah Machang (MDM)

  • Tatatertib
    • Membuat tapisan tatatertib ke atas urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan darjah kebesaran bagi semua warga MDM;
    • Mengumpul data-data kes tatatertib dan salah laku di peringkat Bahagian dan Jabatan ; dan
    • Mengurus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib.
  • Pengukuhan Integriti
    • Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi;
    • Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan;
    • Menyampaikan maklumat kepada pengurusan tertinggi mengenai perkembangan terkini isu-isu berkaitan integriti;
    • Mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti; dan
    • Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan.
  • Pengurusan Aduan
    • Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat dan/atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh penjawat awam;
    • Memastikan tindakan susulan aduan dan syor siasatan dilaksanakan oleh Bahagian yang berkaitan;
    • Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah berkaitan penjawat awam kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
    • Menyelaras dan memproses aduan-aduan berkaitan pelanggaran integriti untuk disiasat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM.
  • Pematuhan
    • Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;
    • Memastikan kod etika jabatan dipatuhi; dan
    • Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran dan kewangan agar teratur selaras dengan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Pengesanan dan Pengesahan
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti warga MDM;
    • Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; 
    • Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib; dan
    • Semakan semula hasil siasatan oleh Bahagian/Jabatan.
  • Tadbir Urus
    • Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif;
    • Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam organisasi;
    • Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan Unit; dan
    • Mengurus setiakan permohonan kerja luar, permohonan politik dan kelulusan hadiah warga Kementerian

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication