PEMAKLUMAN PERLAKSANAAN PEMBAYARAN PARKIR MELALUI APLIKASI PBTPay
Dimaklumkan bahawa transaksi pembayaran parkir letak kereta di bawah seliaan Majlis Daerah Machang kini dilaksanakan sepenuhnya melalui Aplikasi PBTPay.
Sehubungan itu, perkhidmatan penerimaan bayaran melalui terminal fizikal telah dihentikan berkuat kuasa mulai 31 Januari 2026.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk memuat turun dan menggunakan Aplikasi PBTPay bagi tujuan pembayaran parkir yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Aplikasi PBTPay boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan.