TAWARAN SEBUTHARGA TSH BIL 4/2026
NOTIS PELAWAAN KERJA SECARA UNDIAN
MAJLIS DAERAH MACHANG
KERJA-KERJA UNDI di bawah adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor BUMIPUTERA yang beralamat di Jajahan Machang yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK). Sjil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan berdaftar dengan Majlis Daerah Machang dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya adalah dipelawa untuk membuat tawaran bagi kerja berikut :-
| Bil | Tajuk Kerja | Gred / Pengkhususan | Harga (RM) | TARIKH / MASA/ TEMPAT CABUTAN UNDI |
|---|---|---|---|---|
| 1 | MDM (KAPJN) 01/2026/F1/UNDI Penyelenggaraan Jalan Taman Damai Padang Selising, Machang |
G1 CE01 & CE21 |
50,000.00 | TARIKH UNDIAN 5 Ogos 2026 MASA 10.00 PAGI TEMPAT DEWAN UTAMA MD MACHANG (BLOK B) CABUTAN OLEH YABrs. YDP MD MACHANG |
| 2 | MDM (KAPJN) 02/2026/F1/UNDI Penyelenggaraan Jalan Lorong Dato' Hashim 1, Machang |
G1 CE01 & CE21 |
50,000.00 | |
| 3 | MDM (KAPJN) 03/2026/F1/UNDI Penyelenggaraan Jalan Taman Desa Mewah, Machang |
G1 CE01 & CE21 |
50,000.00 | |
| 4 | MDM (KAPJN) 04/2026/F1/UNDI Penyelenggaraan Jalan Taman Jaya Rebana, Machang |
G1 CE01 & CE21 |
50,000.00 |
Syarat Penyertaan
- Kontraktor yang layak dan berminat untuk menyertai kerja undi, PERLU MENDAFTAR
untuk ke peringkat taklimat dan lawat tapak dengan Majlis Daerah Machang secara dalam
talian (Online) di laman sesawang rasmi Majlis Daerah Machang. - Kontraktor wajib membuat pendaftaran kehadiran dengan mengisi ‘google form’ melalui
pautan yang disediakan pada iklan di laman Web Rasmi dan Facebook Majlis Daerah
Machang yang akan dibuka pada 29 Julai 2026 (Rabu) 8.00 Pagi dan ditutup pada jam
12:00 tgh pada 4 Ogos 2026 (Selasa) - Kerja-kerja undian hanya layak kepada Syarikat/pembekal yang telah berdaftar dengan
pihak Majlis Daerah Machang dalam tahun semasa. - Syarikat/pembekal yang layak dan berminat untuk menyertai undian WAJIB mendaftar
untuk ke peringkat pengundian dengan Majlis Daerah Machang sebagaimana maklumat
berikut :
a) Tarikh : 5 Ogos 2026
b) Hari : Rabu
c) Masa : 10:00 Pagi
d) Tempat : Dewan Utama MD Machang (Blok B) - Pengundian akan dibuat secara bersemuka di Dewan Utama Majlis Daerah Machang
(Blok B) pada 5 Ogos 2026 10.00 Pagi. - Hanya penama/tuan punya syarikat sahaja dibenarkan mengambil bahagian dalam
undian tersebut. Wakil/rakan kongsi kontraktor yang tidak berdaftar tidak layak untuk
menyertai dalam undian ini. - Kebenaran Khas (KK) CIDB TIDAK DIBENARKAN menyertai kerja undi ini.
- Bilangan kerja undi adalah seperti yang disenaraikan di atas.
- Kontraktor yang lewat mendaftar tidak layak untuk pengundian dan tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih.
“ ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”
“ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT ”
𝙉𝙤𝙩𝙞𝙨 𝙎𝙚𝙗𝙪𝙩𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖:
📌 Klik di sini untuk melihat / memuat turun Notis Sebutharga
𝘽𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙆𝙚𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙖𝙣 & 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙗𝙪𝙩𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖:
📌 Klik di sini untuk mengisi Borang Kehadiran & Pembelian Sebutharga



