Skip to main content
A- A A+

MACHANG INTELLIGENT TAMPIL DENGAN EZ-TRIM ASSIST

Slide16

22 Julai 2026 / 7 Safar 1448H

Majlis Daerah Machang melalui Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Machang Intelligent telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Negeri Kelantan dengan mempertandingkan projek inovasi EZ-Trim Assist.

EZ-Trim Assist merupakan inovasi yang dibangunkan oleh Bahagian Taman dan Landskap bersama Unit Teknikal bagi meningkatkan kecekapan kerja pemotongan rumput di kawasan seliaan MDM. Alat ini menggunakan kaedah tolakan bagi menggantikan bebanan memikul mesin rumput, sekali gus mengurangkan keletihan pekerja, mempercepatkan kerja dan menghasilkan kemasan rumput yang lebih kemas serta konsisten.

Inovasi ini mencerminkan komitmen Majlis Daerah Machang dalam membudayakan inovasi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber demi manfaat masyarakat.

Inovasi ini mencerminkan komitmen Majlis Daerah Machang dalam membudayakan inovasi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengoptimumkan penggunaan sumber demi manfaat masyarakat.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang memberi impak positif kepada organisasi dan komuniti.

Slide3 Slide4 Slide8
Slide15 Slide12 Slide13

 

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Warning: Undefined variable $your_date in /home/mdmadmin24/www2/mdmachang/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">
Publication