UNIT PERLESENAN
- 
Memproses permohonan Lesen Sementara Premis dalam tempoh 30 Hari
 - 
Memproses permohonan Lesen Komposit mengikut pecahan berikut :
- 
Lesen Premis dan Papantanda selama 30 Hari dari tarikh permohonan
 - 
Lesen Premis Hotel selama 30 hari dari tarikh permohonan
 
 - 
 - Memproses lesen iklan mengikut pecahan berikut :
- 
Lesen Papantanda / Billboard selama 21 hari dari tarikh permohonan
 - 
Lesen Sepanduk selama 10 miniti dari tarikh permohonan
 - 
Lesen Iklan Tiang Lampu 14 hari dari tarikh permohonan
 - 
Lesen Iklan Sementara selama 21 hari dari tarikh permohonan
 
 - 
 - Memproses lesen pelbagai
- 
Lesen pelelong selama 7 hari dari tarikh permohonan
 - 
Lesen Ekspo / Promosi/ Pameran 14 hari dari tarikh permohonan
 
 - 
 - Jawapan pada setiap masalah pelesenan akan diberi maklumbalas dalam masa 14 hari.
 
UNIT KESIHATAAN AWAM
- 
Semua longkang dan jalan dibersihkan mengikut jadual 3 kali seminggu.
 - 
Aduan mengenai longkang tersumbat akan diambil tindakan pemulihan dalam tempoh 3 hari.
 - 
Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit seperti semburan vektor dijalankan mengikut jadual 1 kali sebulan.
 - 
Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh 24 jam apabila dilandai wabak.
 - 
Semua sampah akan dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari.
 - 
Aduan mengenai sampah yang tidak dikutip akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
 - 
Lawatan ke tapak pelupusan diadakan 1 kali sebulan bagi memastikan tapak pelupusan berada dalam keadaan terurus.
 - 
Lawatan ke tapak pembinaan diadakan bagi memastikan ianya berada dalam keadaan terurus dan selamat diadakan 1 kali sebulan.
 - 
Memastikan premis perniagaan berada dalam keadaan bersih sewaktu dibuka kepada orang ramai dengan mengadakan lawatan sebanyak 1 kali sehari.