|
|
EN. WAN ADZAMANI BIN WAN OTHMAN Setiausaha Majlis Daerah Machang |
Peranan Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
- Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi
- Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dn berkesan
- Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability
- Menentukan hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian
- Memelihara integriti data elektronik, menggalakkan perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektrinik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi
- Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change)
- Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam
