PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA21) KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK “PENGHIJAUAN MALAYSIA: POKOK KITA, KEHIDUPAN KITA
12 Zulkaedah 1447H/ 30 April 2026
Majlis Daerah Machang (MDM) telah menjayakan Program Local Agenda 21 (LA21) Kempen Penanaman 100 Juta Pokok “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” bertempat di View Point Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat, Machang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir sama menyerikan majlis, Yang Berhormat Ahmad Zakhran bin Mat Noor, Adun Kemuning, YABrs. En. Mohd Zamri bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Machang, YBrs. Pn. Nor Ilyani binti Inche Kamarudin, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya penanaman anak pokok, pameran serta ceramah, pemeriksaan kesihatan, kempen kitar semula (3R), pertandingan infografik, di samping cabutan bertuah untuk para pengunjung.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyokong usaha penghijauan negara serta memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
“Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” Majlis turut diselitkan dengan Acara Perasmian View Point Hutan Simpan Kekal Chabang Tongkat oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.