𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇
𝐊𝐎𝐌𝐏𝐀𝐔𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 𝐃𝐈𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐍𝐆𝐔𝐓𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏 𝟐𝟎𝟏𝟗.
03 Disember 2024, Hasil siasatan / pemantauan dari rakaman CCTV yang di pasang di kawasan tong sampah Labok berhadapan Stesen minyak BHP, Pihak Majlis Daerah Machang telah mengenalpasti kenderaan yang telah membuang sampah di luar tong.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Penguatkuasaan dan Undang - Undang MDM telah menjejaki kenderaan tersebut dan seterusnya mengeluarkan Notis Tawaran Kompaun kepada pemilik kenderaan di atas kesalahan Membuang Sampah Di Luar Tong Sampah di bawah Undang - Undang Kecil 5(2) Undang - Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDM 2019.
Walaubagaimanapun pemilik telah hadir ke pejabat untuk berunding dan menjelaskan bayaran tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Bahagian Penguatkuasaan dan Undang - Undang MDM sedang giat menjejaki kenderaan dan individu yang telah melakukan kesalahan membuang sampah diluar tong melalui rakaman CCTV yang telah di pasang dibeberapa tapak pembuangan sampah.
Orang ramai khususnya penduduk Machang nasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Bersama kita menjaga kebersihan Daerah Machang.
Kelantanku Bersih, Machangku Ceria.


