Skip to main content

Majlis Daerah Machang Johan Anugerah Kecemerlangan PBT 2025

Sempena Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, Majlis Daerah Machang telah melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua anugerah utama di peringkat negeri.
Majlis berprestij yang menghimpunkan pelbagai jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan seluruh Kelantan itu menjadi platform pengiktirafan kepada komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda kebersihan, kelestarian dan pengurusan sisa pepejal di negeri ini.
Pada majlis tersebut, Majlis Daerah Machang diumumkan sebagai penerima:
🏆 Anugerah Khas Kelantanku Bersih – Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Paling Proaktif Tahun 2025 (Johan)
🏆 Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan (Johan)
Lebih membanggakan, Majlis Daerah Machang turut mencipta sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pertama yang memenangi Anugerah Khas Kelantanku Bersih – Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Paling Proaktif Tahun 2025, sekali gus mengangkat martabat daerah Machang sebagai model kecemerlangan dalam pengurusan kebersihan di peringkat negeri.
Pengiktirafan ini menyerlahkan usaha konsisten Majlis Daerah Machang dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan, gerak kerja berstruktur serta pelaksanaan inisiatif kebersihan yang memberi impak langsung kepada komuniti.
Selain dua kemenangan tersebut, Majlis Daerah Machang turut menerima Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri berjumlah RM149,000.00 bagi tujuan pembelian tong-tong sampah baharu. Bantuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah baik kemudahan kebersihan awam serta menyokong pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien di seluruh daerah.
Majlis Daerah Machang menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sokongan berterusan, serta kepada seluruh warga Machang yang sentiasa bersama-sama menjayakan inisiatif kebersihan di peringkat komuniti. Dengan semangat Kelantanku Bersih 2025, Majlis Daerah Machang komited untuk terus memperkukuh budaya kebersihan dan kelestarian demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan masa depan yang lebih mampan.
Casino Terms & Conditions: What Most Players Miss Melhores Casinos Online Portugal 2025: Guia Completo com Bónus Modern Dating Reviewed: From Chat to Commitment

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication