Skip to main content

PROGRAM PENYAMPAIAN KIT BAZAR RAMADAHAN MACHANG KERJASAMA BANK SIMPANAN NASIONAL DAN MAJLIS DAERAH MACHANG.

Bazar Ramadhan Machang dipilih untuk menjalankan kerjasama Program Cashless bersama Bank Simpanan Nasional bagi tahun 2026. Pihak BSN telah menyampaikan sebuah khemah,apron,topi dan soundbox kepada gerai yang berdaftar dengan BSN.
Selain daripada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup juga menjalinkan kerjasama Bazar Ramadhan Rahmah Machang dengan memberi 𝐢𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐭 𝐑𝐌𝟐𝟎.𝟎𝟎 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠, 𝐑𝐌 𝟏𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐐𝐑 𝐂𝐨𝐝𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐌 𝟏𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐡.
Penyampaian KIT BSN telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Machang. Turut hadir sama Puan Pengarah Bank Simpanan Nasional Negeri Kelantan.
Program ini diharapkan membantu para peniaga bazar Ramadhan Machang.

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication