Skip to main content

PENUTUPAN OPERASI PREMIS PERNIAGAAN SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2026

PENUTUPAN OPERASI PREMIS PERNIAGAAN SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2026

Majlis Daerah Machang ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan penutupan operasi premis perniagaan tertentu dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang akan dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.

Penetapan ini adalah selaras dengan keputusan Pihak Berkuasa Negeri bagi memastikan kelancaran sambutan hari perayaan serta pematuhan peraturan yang ditetapkan.

Ketetapan operasi adalah seperti berikut:

🛍 Kompleks Membeli Belah / Pasar Raya / Pasar Raya Besar

  • Ditutup sepenuhnya pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

🍔 Premis Makanan Segera & Kedai Serbaneka

(contoh: 7-Eleven, CU Mart dan premis seumpamanya)

  • Ditutup sehingga jam 1.00 tengah hari pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

⚠️ Sebarang premis yang gagal mematuhi ketetapan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

📅 Bertarikh: 22 Ramadan 1447H / 12 Mac 2026

Pautan FB: https://www.facebook.com/MajlisDaerahMachangMDM/posts/pfbid08UeJpEoDAp2iXYMYYWGFF3R3aCVjwktCPwVydyetKYWMd9Sq6HSVyr9qUKmoz9vRl

Kerjasama semua peniaga amat dihargai bagi memastikan peraturan ini dipatuhi demi kesejahteraan bersama.

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication