MACHANG INTELLIGENT TAMPIL DENGAN EZ-TRIM ASSIST
22 Julai 2026 / 7 Safar 1448H
Majlis Daerah Machang melalui Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Machang Intelligent telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Negeri Kelantan dengan mempertandingkan projek inovasi EZ-Trim Assist.
EZ-Trim Assist merupakan inovasi yang dibangunkan oleh Bahagian Taman dan Landskap bersama Unit Teknikal bagi meningkatkan kecekapan kerja pemotongan rumput di kawasan seliaan MDM. Alat ini menggunakan kaedah tolakan bagi menggantikan bebanan memikul mesin rumput, sekali gus mengurangkan keletihan pekerja,...








