MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
π πππππ¦ π¦ππ ππ¨π§ππ‘ πππ₯π ππ‘π’π©ππ¦π π¦πππ§π’π₯ ππͺππ π£ππ₯ππ‘ππππ§ π‘ππππ₯π πππππ‘π§ππ‘ ππππ
Majlis sambutan ini telah diadakan bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, yang turut menekankan kepentingan penerapan teknologi baharu dalam memperkukuh pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli Smachey atas kejayaan cemerlang dengan inovasi "Trash Trap" yang berjaya meraih Naib Johan dalam kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan! Kejayaan ini adalah bukti kepada komitmen dan usaha yang berterusan dalam memperkenalkan solusi inovatif yang dapat meningkatkan kecekapan serta keberkesanan kepada perkhidmatan awam. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!