TAWARAN SEBUTHARGA TSH BIL.3 2026
NOTIS PEMAKLUMAN SEBUTHARGA
MAJLIS DAERAH MACHANG
|
1. Sebut harga dipelawa kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Machang dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIM/CIDB dalam Gred G1 dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk menyertai sebut harga di bawah. |
||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||
|
2. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK SECARA FIZIKAL ADALAH DIWAJIBKAN akan diadakan pada 27 JULAI 2026, jam 10.00 pagi di Dewan Utama MD Machang (Blok B). Kontraktor yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut perlu mengisi borang kehadiran secara atas talian (google form) bermula 21 JULAI 2026 sehingga tarikh dan waktu taklimat diadakan. Pautan: i). BORANG PENDAFTARAN PEMBELIAN DOKUMEN SEBUTHARGA ii). IKLAN NOTIS SEBUTHARGA iii). SLIDE TAKLIMAT SEBUTHARGA
|
||||||||||||||||||||
|
3. Petender dikehendaki mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Taraf Bumiputra oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) kepada Pegawai yang mengendalikan Sebutharga semasa mengambil Borang tersebut. PEMILIK SYARIKAT TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL SEMASA PEMBELIAN BORANG DOKUMEN SEBUT HARGA. Segala maklumat berkenaan lokasi, tapak dan syarat-syarat am kontrak hendaklah dirujuk dalam pautan yang diberikan.
|
||||||||||||||||||||
|
4. Dokumen Sebutharga bagi G1 akan dikeluarkan bermula jam 12.00 tengah hari pada 27 JULAI 2026 sehingga 02 OGOS 2026. Dokumen Sebutharga TIDAK akan dikeluarkan selepas tempoh ini dan pemilik syarikat yang hadir secara fizikal semasa TAKLIMAT dan LAWATAN TAPAK dijalankan sahaja berhak mendapatkan borang dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 27 JULAI 2026. Semua pembayaran hendaklah dalam bentuk Wang Tunai. Cek-cek persendirian tidak diterima
|
||||||||||||||||||||
|
5. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Malis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, pada 02 OGOS 2026.
|
||||||||||||||||||||
|
Sekian, terima kasih.
“ ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT” “ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT ” |
||||||||||||||||||||



