PESTA FLORA : MDM TERUS CEMERLANG DENGAN NAIB JOHAN.
2 Oktober 2025 / 10 Rabiulakhir 1447H
Majlis Daerah Machang dengan penuh rasa syukur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan meraih tempat kedua dalam Pertandingan Pesta Flora.
Kejayaan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan yang mencemar duli menyaksikan acara, bersama-sama Yang Dipertua Majlis Daerah Machang dan warga kerja MDM yang komited menjayakan penyertaan kali ini.





