PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA “WORD CLEAN UP DAY 2025” PERINGKAT NEGERI KELANTAN
27 September 2025 / 5 Rabiulakhir 1447H
Sempena Hari Cuci Malaysia “World Clean Up Day 2025”, Majlis Daerah Kuala Krai dengan kerjasama agensi-agensi luar termasuk Majlis Daerah Machang telah menganjurkan program gotong-royong kebersihan di Perkarangan Jeti Kuala Krai dan sekitar Bandar Kuala Krai. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Rahman bin Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Turut hadir YABrs. Yang DiPertua MDKK, Ketua Penolong Pengarah (Dasar dan Keurusetiaan) BKT, YDH Ketua Polis Daerah Kuala Krai, YBrs. Setiausaha MDKK, Ahli-ahli Majlis, agensi-agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan serta pegawai dan anggota MDKK & MDM.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan komitmen menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan gotong-royong ini terus subur, seterusnya menjadikan Kuala Krai dan Machang sebagai contoh komuniti yang prihatin terhadap kebersihan serta kelestarian alam sekitar.





