Info Machang
Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En. Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.
Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan...