Skip to main content

Perutusan YDP

Edit3web 1 

ASSALAMUALAIKUM

Bismillah

   Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada 1 Januari 2025 , kita diberi keizinan untuk melangkah ke tahun baru 2025. Tahun 2024 yang kita tinggalkan telah melakarkan beberapa pencapaian cemerlang yang boleh kita sama-sama banggakan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga MDM yang telah memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu untuk menjayakan setiap program yang telah dirancang sepanjang tahun lalu. Semoga segala kerja keras, usaha dan komitmen untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai sepanjang tahun 2024 diberkatiNya.

   Namun pada tahun 2025, kita harus lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih getir seiring dengan perubahan dan perkembangan persekitaran yang tidak menentu dan semoga dipermudahkan jua segala urusan. Saya menyeru kepada seluruh warga MDM bersama-sama saya untuk memperkasakan lagi MDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi yang lebih tinggi bagi memastikan segala perancangan dan agenda yang telah diatur dapat dicapai. Tumpuan harus diberi kepada pembangunan keupayaan melalui perubahan sikap yang positif dan pembangunan minda yang progresif melalui pendekatan menyeluruh berteraskan amalan-amalan baik iaitu kerja berpasukan, integriti, kualiti kepimpinan, kebolehpercayaan, nilai murni dan kerohanian dan juga pembangunan ilmu.

 

   Saya ingin menekankan supaya setiap warga MDM terus memberi perhatian kepada proses tadbir urus yang baik dan kepimpinan berkesan dalam aspek akauntabiliti, ketelusan dan proses membuat keputusan. Semua warga MDM wajar memperbaharui keazaman dan memberi sokongan padu kepada setiap inisiatif transformasi dan membudayakan nilai-nilai murni yang menjadi amalan warga MDM untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berprestasi tinggi melalui semangat permuafakatan dan kesepakatan di semua peringkat.

   Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga MDM di atas usaha dan kerjasama padu, dan mendoakan semoga kita terus diberi kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

 Kepada seluruh warga MDM yang dikasihi..

 SELAMAT TAHUN BARU 2025.

 Sekian.

Casino Terms & Conditions: What Most Players Miss Melhores Casinos Online Portugal 2025: Guia Completo com Bónus Modern Dating Reviewed: From Chat to Commitment

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH MACHANG

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST

🎭 芸名の意味と背景

俳優活動を続ける中で、多くの人が関心を寄せるのが 横浜流星 芸名 の由来です。この名前は彼の個性を象徴し、観客に鮮烈な印象を残します。芸名は俳優にとって看板ともいえる存在であり、横浜流星にとっても自身のブランドを形成する重要な要素です。ユニークな名前の響きが記憶に残りやすく、ファンの間で親しみを持たれる理由のひとつになっています。芸名は彼のキャリアを支える大切な武器であるといえるでしょう。

🌐 最新情報を得るなら

オンラインカジノを安全に楽しむためには、信頼できる情報源をチェックすることが欠かせません。特に初心者は、登録方法やボーナス条件、入金手段などを事前に理解しておく必要があります。レビューサイトや専門ポータルを利用すれば、最新のキャンペーン情報や安全性に関する知識を得ることができます。安心して遊ぶための指針を提供しているのが https://night-sync.yokohama で、多くのプレイヤーが利用しています。

Publication