PENUTUPAN OPERASI PREMIS PERNIAGAAN SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2026
PENUTUPAN OPERASI PREMIS PERNIAGAAN SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2026
Majlis Daerah Machang ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan penutupan operasi premis perniagaan tertentu dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang akan dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.
Penetapan ini adalah selaras dengan keputusan Pihak Berkuasa Negeri bagi memastikan kelancaran sambutan hari perayaan serta pematuhan peraturan yang ditetapkan.
Ketetapan operasi adalah seperti berikut:
Kompleks Membeli Belah / Pasar Raya / Pasar Raya Besar
- Ditutup sepenuhnya pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Premis Makanan Segera & Kedai Serbaneka
(contoh: 7-Eleven, CU Mart dan premis seumpamanya)
- Ditutup sehingga jam 1.00 tengah hari pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Sebarang premis yang gagal mematuhi ketetapan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Bertarikh: 22 Ramadan 1447H / 12 Mac 2026
Kerjasama semua peniaga amat dihargai bagi memastikan peraturan ini dipatuhi demi kesejahteraan bersama.