Skip to main content

PROGRAM JELAJAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2024 KE MAJLIS DAERAH MACHANG

Tarikh: 18 Syaaban 1445H / 28 Februari 2024

Tempat: Dewan Utama MDM

Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan 2024 ke Majlis Daerah Machang (MDM) oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah diadakan Dewan Utama MDM pada hari ini.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs. En. Mohd Zamri Bin Ibrahim, Yang Dipertua MDM dan  taklimat kewangan serta pembangunan  oleh YBrs. En. Ahmad Hakim Bin Harun selaku Setiausaha.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan harapan oleh YB Hilmi bin Abdullah. Disusuli dengan penyampaian surat kelulusan peruntukan KAPJN kepada MDM dan mock cek bagi peruntukkan pembelian tong sampah  serta simbolik penyampaian Apron Geraiku Bersih untuk diagihkan kepada peniaga bazar Ramadan 2024.

Majlis kemudian diteruskan dengan lawatan ke ENAP@Machang yang merupakan pusat penginapan yang teletak di Bandar Machang, yang mempunyai 16 buah bilik dan dilengkapi kolam renang. Lawatan diteruskan ke Taman Rekrasi Air Panas Tok bok bagi meninjau Pembinaan Water Splash @ Taman Tema Air Tok Bok yang telah siap dibina dan akan beroperasi tidak lama lagi. Disamping itu lawatan juga turut meninjau Kawasan Kolam Air Panas dan kawasan sekeling.

Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan Terima kasih kami kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan dan kepada YB ADUN Kemuning, YB ADUN Pulai Chondong ,Ketua WHIP dan Ahli Majlis juga kepada pegawai-pegawai MDMyang turut hadir.

Jazakallah khair kasira.

408971375 422216143526835 1925314446062859682 n

408957811 422216393526810 1764210580838119892 n

 

 

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH MACHANG

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication