
PROGRAM IBADAH KORBAN DAN JAMUAN MAJLIS DAERAH MACHANG
Alhamdulillah, Program Ibadah Korban dan Jamuan anjuran Majlis Daerah Machang telah berlangsung dengan jayanya pada:



Program ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama yang amat baik daripada seluruh warga kerja Majlis. Ibadah korban telah dilaksanakan dalam suasana penuh harmoni dan daging korban turut diagihkan kepada warga MDM yang layak menerimanya.
Untuk makluman, lembu korban telah disumbangkan oleh YABrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Machang. Sumbangan ini amat dihargai dan mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan warga MDM.
Majlis jamuan dan sambutan Aidiladha turut berlangsung dengan meriah, sekaligus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan diteruskan pada masa akan datang.














