Skip to main content

OPERASI KAWALAN HAIWAN MERAYAU DAN BERKELIARAN JAJAHAN MACHANG

Majlis Daerah Machang (MDM) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan Kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Penangkapan Haiwan Merayau di sekitar kawasan Jajahan Machang.
Operasi dilaksanakan adalah berikutan terdapat haiwan ternakan yang sering berkeliaran dan membahayakan pengguna jalan raya di sekitar Jajahan Machang. Tindakan penangkapan ini dibuat selaras dengan peruntukan di bawah 𝑼𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈-𝑼𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒄𝒊𝒍 𝑯𝒂𝒊𝒘𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒓𝒂𝒚𝒂𝒖 𝑴𝑫𝑴 1983.
MDM ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik haiwan yang cuai atau gagal mengawal ternakan mereka sehingga menimbulkan risiko keselamatan dan ketenteraman Awam. Operasi akan sentiasa dijalankan dari semasa kesemasa.
"𝙅𝙖𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝘽𝙞𝙟𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗."

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH MACHANG

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication