Majlis Daerah Machang Johan Anugerah Kecemerlangan PBT 2025
Majlis berprestij yang menghimpunkan pelbagai jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan seluruh Kelantan itu menjadi platform pengiktirafan kepada komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda kebersihan, kelestarian dan pengurusan sisa pepejal di negeri ini.
Pada majlis tersebut, Majlis Daerah Machang diumumkan sebagai penerima:
Lebih membanggakan, Majlis Daerah Machang turut mencipta sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pertama yang memenangi Anugerah Khas Kelantanku Bersih – Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Paling Proaktif Tahun 2025, sekali gus mengangkat martabat daerah Machang sebagai model kecemerlangan dalam pengurusan kebersihan di peringkat negeri.
Pengiktirafan ini menyerlahkan usaha konsisten Majlis Daerah Machang dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan, gerak kerja berstruktur serta pelaksanaan inisiatif kebersihan yang memberi impak langsung kepada komuniti.
Selain dua kemenangan tersebut, Majlis Daerah Machang turut menerima Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri berjumlah RM149,000.00 bagi tujuan pembelian tong-tong sampah baharu. Bantuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah baik kemudahan kebersihan awam serta menyokong pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien di seluruh daerah.
Majlis Daerah Machang menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sokongan berterusan, serta kepada seluruh warga Machang yang sentiasa bersama-sama menjayakan inisiatif kebersihan di peringkat komuniti. Dengan semangat Kelantanku Bersih 2025, Majlis Daerah Machang komited untuk terus memperkukuh budaya kebersihan dan kelestarian demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan masa depan yang lebih mampan.