Anugerah Bandar Mampan Peringkat Negeri Kelantan 2025
Machang cemerlang
Bersesuaian dengan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) peringkat negeri Kelantan, Majlis Daerah Machang telah menerima ANUGERAH KHAS Kerajaan Negeri Kelantan 2025 yang melibatkan keseluruhan 13 PBT seluruh negeri Kelantan. Ia adalah satu pencapaian tertinggi Kerajaan negeri dan persekutuan yag mengiktiraf usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh PBT terhadap Pengukuran Bandar Mampan yang dilaksanakan berasaskan kerangka MURNInets yang mengandungi 5 strategi, 6 dimensi, 19 tema dan 51 penunjuk yang dibentuk berdasarkan dasar pembangunan utama negara berkaitan dengan ekonomi, sosial dan fizikal.
Pengukuran MURNInets melibatkan 153 Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia iaitu 98 PBT di Semenanjung, 3 PBT Wilayah Persekutuan, 26 PBT Negeri Sabah dan 26 PBT Negeri Sarawak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YAB'rs Yang Dipertua Majlis Daerah Machang, Tuan Mohd Zamri Ibrahim, Setiausaha, Penolong Setiausaha, barisan Ahli majlis, Ketua-ketua Unit, serta seluruh kakitangan Majlis Daerah Machang atas pengiktirafan yang diterima pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan hari ini.
Majlis Daerah Machang telah berjaya meraih:
Anugerah Bandar Mampan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025, dan
Anugerah Khas Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2025.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat dalam memperkukuh komitmen terhadap perancangan bandar yang berdaya huni, mampan dan sejahtera demi kesejahteraan seluruh komuniti Machang. Tahniah dan syabas!