BEKWOH KESYUKURAN MAJLIS DAERAH MACHANG 2025
09 Rejab 1447H/ 30 Disember 2025
Majlis Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kelancaran penganjuran Bekwoh Kesyukuran Majlis Daerah Machang 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya bersama Yang Dipertua bertempat di Dewan Tok Kemuning, Majlis Daerah Machang.
Majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan atas segala pencapaian dan kejayaan yang diraih, malah turut berperanan sebagai platform memperkukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja Majlis Daerah Machang, rakyat Machang serta agensi-agensi lain melalui semangat kebersamaan dan kerjasama berterusan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja MDM, agensi-agensi terlibat serta rakyat Machang atas komitmen, sokongan dan kebersamaan dalam menjayakan majlis ini.
“MDM Bersama Melakar Kecemerlangan”