PROGRAM PELANCARAN KEMPEN INFESTASI TIKUS PERINGKAT JAJAHAN MACHANG TAHUN 2026
21 Mei 2026 / 4 Zulhijjah 1447H
Program Pelancaran Kempen Infestasi Tikus Peringkat Jajahan Machang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di perkarangan Pasar Besar Machang. Majlis ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Pertahanan Malaysia ( APM ) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kehadiran semua agensi ini mencerminkan kerjasama strategik dalam usaha menangani isu infestasi tikus secara lebih berkesan di kawasan jajahan Machang. Turut hadir sama Ahli Majlis, Pemimpin Masyarakat, Penggawa, Jabatan - Jabatan Kerajaan, NGO, para peniaga dan masyarakat tempatan.
Sebagai tanda penghargaan, turut diadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan, termasuk wakil daripada Pasar Besar Machang.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Wan Adzmani Bin Hj. Wan Othman, Setiausaha Majlis Daerah Machang yang mewakili YABrs Tuan Yang DiPertua. Semoga inisiatif ini dapat memperkukuh usaha kebersihan, kesihatan awam serta kesejahteraan komuniti setempat di jajahan Machang.