GOTONG-ROYONG PEMBASMIAN WABAK DENGGI
z
PROGRAM GOTONG ROYONG PEMBASMIAN WABAK DENGGI

2 Julai 2026 / 16 Muharam 1448H
Program Gotong-Royong Mega Pembasmian Wabak Denggi telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, Khamis, 2 Julai 2026. Program bersepadu ini telah memfokuskan kepada aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar Lorong Desa Permai (Lorong ke Asrama SMK Hamzah 1).
Majlis Daerah Machang (MDM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Machang (PKD) selaku penganjur bersama, serta komitmen luar biasa daripada semua agensi kerajaan, para petugas, dan komuniti setempat yang turun padang.
Antara agensi dan institusi yang terlibat menjayakan program ini termasuklah:
Agensi Keselamatan & Penyelamat
• PDRM
• BOMBA
• APM
• RELA
• Batalion Ke-2 Rejimen 506 Askar Wataniah
Jabatan Teknikal & Kebajikan
• JKR
• JPS
• RISDA
• Pejabat Hutan
• Pejabat Pertanian
• Pejabat Perkhidmatan Veterinar
• AKSB
• Hospital Daerah Machang
• Pejabat Penerangan
• Pejabat Agama Jajahan
• Jabatan Amal Machang
Institusi Pendidikan & Komuniti
• SMK Hamzah
• SJK(C) Pei Hwa
• Penggawa Mukim Ulu Sat
• Imam Masjid
• Seluruh penduduk setempat
Kerjasama padu ini membuktikan keprihatinan kita semua dalam menjaga kesihatan komuniti. Walaupun program gotong-royong ini telah selesai, amalan pencegahan tidak harus terhenti di sini. Mari kita terus luangkan 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan memastikan kawasan kediaman masing-masing bebas daripada takungan air.
🚫🦟 TIADA AEDES, TIADA DENGGI! 🦟🚫
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |















