MACHANG TERUS CEMERLANG
19 November 2026 / 9 Jamadilakhir 1448H
TAHNIAH DAN SYABAS!
TAHNIAH DAN SYABAS!
Majlis Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai bersempena Majlis Sambutan Kelantanku Bersih Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.
Dalam majlis tersebut, dua pengiktirafan membanggakan telah berjaya diraih, iaitu:
ANUGERAH KECEMERLANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN – NAIB JOHAN
Majlis Daerah Machang telah berjaya meraih gelaran Naib Johan bagi kategori Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00.
ANUGERAH PREMIS MAKANAN TERBERSIH – JOHAN
Naskeen Coffee (Cawangan Machang) turut mengharumkan nama daerah apabila dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Premis Makanan Terbersih (Pihak Berkuasa Tempatan) Negeri Kelantan.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, usaha berterusan serta kerjasama semua pihak dalam memperkukuh budaya kebersihan, meningkatkan kualiti persekitaran dan mewujudkan kawasan perbandaran yang bersih, ceria serta kondusif.
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Machang, pihak pengurusan Naskeen Coffee (Cawangan Machang) serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Majlis Daerah Machang juga mengekalkan rekod 3 tahun berturut turut di pentas Kelantanku Bersih





