Skip to main content

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KELANTANKU BERSIH 2024 JAJAHAN MACHANG

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KELANTANKU BERSIH 2024 JAJAHAN MACHANG

Tarikh: 25 Julai 2024 / 19 Muharam 1446H

Tempat: Pasar Besar Machang.

 

Program Gotong Royong Perdana Kelantanku Bersih telah dirasmikan oleh YB Ahmad Zakhran Bin Mat Noor, ADUN kemuning. Turut hadir YABrs En. Mohd Zamri Bin Ibrahim, Yang Dipertua MDM. 

Penganjuran program ialah bersempena menjayakan Kempen Kelantanku Bersih yang diadakan serentak disetiap PBT di Kelantan. Seramai hampir 500 orang telah mengambil bahagian yang terdiri daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri, Ahli-ahli Majlis MDM, para peniaga dan badan-badan NGO.
 
Majlis Daerah Machang mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada peserta yang telah mengambil bahagian di dalam program ini. Didoakan semoga kesedaran berkenaan kepentingan mewujudkan persekitaran yang bersih menjadi amalan bersama kita semua.
 
#kelantankuBersihMachangkuCeria  #KelantankuBersih

SEO-LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH MACHANG

DASAR PRIVASI

KELGOV PPST
Publication