Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+

ARAHAN LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI KELANTAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

ARAHAN LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI KELANTAN.

 

Dimaklumkan bahawa sebagai langkah proaktif membendung penularan pendemik Covid-19 di negeri Kelantan. Mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang diadakan pada 02 RabiulAkhir 1442H bersamaan 18 November 2020 telah bersetuju mengambil langkah-langkah sebagaimana berikut sebagai tambahan kepada aktiviti dan protocol sedia ada yang di keluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia sebelum ini iaitu:

1.    Semua Operasi premis-premis perniagaan adalah dihadkan sehingga 11.30 malam sahaja.

2.    Operasi stesen minyak dan kedai runcit di stesen minyak adalah dihadkan sehingga 12.00 malam sahaja.

3.    Bilangan pelanggan di kedai makan hendaklah dihadkan secara maksima hanya 4 orang sahaja bagi satu meja makan tertakluk kepada penjarakan 1 meter bagi setiap pelanggan dan 2 meter bagi setiap meja.

4.    Semua acara melibatkan majlis keramaian seperti perkahwinan dan lain-lain adalah dihadkan kepada jumlah 150 orang sahaja pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan kawasan yang membolehkan diadakan penjarakan 1 meter antara individu.

5.    Semua majlis keramaian tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Polis DiRaja Malaysia sekurang-kurangnya 5 hari sebelum majlis berkenaan diadakan.

6.    Semua acara sukan atau latihan yang boleh melibatkan aktiviti yang bersentuhan antara satu sama lain adalah tidak dibenarakan.

 

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today7
Yesterday23
This week123
This month77
Total6582

2024-05-04
Tarikh Kemaskini Terakhir: 03-05-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication