Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
PERUNDANGAN
AKTA
1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan :
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
- Penyenggaraan Parit Dan Longkang
- Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
- Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
- Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
- Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
- Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan
Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima :
- Cukai Taksiran
- Bayaran-bayaran Lesen & Denda
- Geran Pelancaran
- Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
- Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
- Geran Penyenggaraan Jalan
Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan :
- Perumahan
- Perindustrian & Perdagangan
- Kemudahan-kemudahan Rekreasi
- Infrastruktur Bandaran
2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172)
- Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya.
- Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.
- Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya.
- Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.
3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)
- Meluluskan Pelan Bangunan.
- Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan.
- Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan.
- Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan.
- Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan.
- Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya.
- Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap.
- Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).