Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+

BERITA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TAYANGAN BIG SCREEN PERLAWANAN BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026

Tarikh: 11 Jun 2024 (Selasa)

Tempat: Dataran Kemahkotaan Machang

Program Tayangan Big Screen Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 anjuran Ketua Jajahan Machang telah diadakan bertempat di Dataran Kemahkotaan Machang. Program ini  menerima sambutan baik masyarakat khususnya penduduk Jajahan Machang. Hampir 500 orang hadir menyaksikan tayang Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia menentang Chinese Taipei. Tahniah di ucapakan kepada pasukan negara Harimau Malaya kerana berjaya menang dalam perlawanan ini.
Turu hadir sama dalam peogram ini Timb. Menteri Besar Kelantan YB Dato' DR Mohamed Fadzli Dato Hj. Hassan dan YABrs. Tuan Haji Mohd Zamri Bin Ibrahim serta turut sama menyampaikan hadiah cabutan bertuah dalam program tersebut.
448275944 847622467423651 7334957697554409867 n

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Tarikh: 18 Syaaban 1445H / 28 Februari 2024

Tempat: Dewan Utama MDM

Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan 2024 ke Majlis Daerah Machang (MDM) oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah diadakan Dewan Utama MDM pada hari ini.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs. En. Mohd Zamri Bin Ibrahim, Yang Dipertua MDM dan  taklimat kewangan serta pembangunan  oleh YBrs. En. Ahmad Hakim Bin Harun selaku Setiausaha.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat dan harapan oleh YB Hilmi bin Abdullah. Disusuli dengan penyampaian surat kelulusan peruntukan KAPJN kepada MDM dan mock cek bagi peruntukkan pembelian tong sampah  serta simbolik penyampaian Apron Geraiku Bersih untuk diagihkan kepada peniaga bazar Ramadan 2024.

Majlis kemudian diteruskan dengan lawatan ke ENAP@Machang yang merupakan pusat penginapan yang teletak di Bandar Machang, yang mempunyai 16 buah bilik dan dilengkapi kolam renang. Lawatan diteruskan ke Taman Rekrasi Air Panas Tok bok bagi meninjau Pembinaan Water Splash @ Taman Tema Air Tok Bok yang telah siap dibina dan akan beroperasi tidak lama lagi. Disamping itu lawatan juga turut meninjau Kawasan Kolam Air Panas dan kawasan sekeling.

Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan Terima kasih kami kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan dan kepada YB ADUN Kemuning, YB ADUN Pulai Chondong ,Ketua WHIP dan Ahli Majlis juga kepada pegawai-pegawai MDMyang turut hadir.

Jazakallah khair kasira.

408971375 422216143526835 1925314446062859682 n

408957811 422216393526810 1764210580838119892 n

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Tarikh: 18 Syaaban 1445H/ 28 Februari 2024

Tempat: Dataran Kenanga

Program Gotong-royong Perdana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Kelantan. Turut sama dalam program ini YAbrs En. Mohd Zamri Bin Ibrahim ,Yang DiPertua MDM, YB Ust Hj. Azhar Bin Salleh, ADUN Pulai Chondong, Ahli-Ahli Majlis MDM dan Ketua-ketua jabtan.
 
Program Gotong royong adalah bersempena Program Jelajah Pihak Berkuasa tempatan yang telah diadakan disekitar Bandar Machang. Pelbagai Jabatan Kerajaan dan Agensi terlibat dalam menjayakan program ini.
Pihak MDM mengucapkan jutaan Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam Program Gotong Royong Perdana ini. Bersama kita menjaga Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan Jajahan Machang.
 
IMG 20240228 084455
 
IMG 20240228 085058

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Daerah Machang berjaya meraih tempat Ketiga Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan dengan memperkenalkan inovasi "Monkey Trap" atau "Perangkap Kera Mudah Alih" hasil dari kumpulan Inovasi MDM iaitu "SEMACHEY" yang berjaya membawa pulang wang tunai , sijil dan plak iringan. Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan diatas kejayaan ini.

IMG 20240220 WA0051

 

WhatsApp Image 2024 02 14 at 115518 23c965fa        

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today11
Yesterday23
This week132
This month623
Total8582

2024-07-27
Tarikh Kemaskini Terakhir: 26-07-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication
alcc-research.com henrygrimes.com