LAWATAN INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN KE MAJLIS DAERAH MACHANG
Tarikh: 08 November 2020M / 22 RabiulAwal 1442H
Selamat datang kepada Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan ke Majlis Daerah Machang bagi pengauditan keselamatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tarikh: 03 November 2020
Tempat: Perkarangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang (PTJM)
Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Peringkat Jajahan Machang telah di adakan bertempat di pejabat Tanah Dan Jajahan Machang. Majlis Telah dirasmikan oleh YAbrs En. Hazmi Bin Abdul Hamid Ketua Jajahan Machang. Bersama kita membudayakan norma baharu dalam kehidupan bagi mengekang penularan wabak Covid19.
#Kita Jaga Kita.
Tarikh: 27 Oktober 2020
Tempat: Dewan Teratai Komplek Darul Naim.
Majlis Daerah Machang mengucapkan taniah kepada Kumpulan Inovasi MDM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi ketegori ICT denga Projek "MDM Enforcement Monitoring System (MEMOS)".
Tarikh: 30 Ogos 2020 (Ahad)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Perkarangan Pejabat MDM.
Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan terima kasih kepada YABrs Tuan Haji Wan Mohd Shuhaimi Bin Wan Mustapha diatas jasa dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang berada di MDM. Segala jasa yang dicurahkan amat dihargai.
PROGRAM TOWNHALL
YANG DIPERTUA MDM, YANG BERHORMAT DUN KEMUNING DAN WHIP BERSAMA PENIAGA PASAR BESAR MACHANG.
Tarikh: 23 Zulhijjah 1441H/ 13 Ogos 2020 (Khamis)
Masa: 2.00 Ptg
Tempat: Dewan Utama Majlis Daerah Machang.
Majlis telah dihadiri oleh YABrs Tuan Haji Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha Yang DiPertua MDM, YBrs Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman WHIP MDM turut hadir YB Ust. Mohd Roseli Bin Ismail ADUN Kumuning. Perjumpaan bertujuan memfokuskan masalah peniaga sekitar machang dan pembangunan di kawasan machang.