Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+

BERITA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Tarikh: 27 Jamadil Awal 1444H/ 22 Disember 2022 (Khamis)

Tempat: Kampung Pangkal Merabang,Dewan Kecil Labok Machang.

 

Lawatan Pasca Bencana YB Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ke Jajahan Machang. Turut Bersama mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi(EXCO) YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan , Ahli Parlimen Machang YB Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal dan Yang DiPertua Majlis Daerah Machang YABrs Nik Mohd Hasanuddin Bin Nik Hussain.

Lawatan ini bertujuan meninjau kawasan banjir di Jajahan Machang disamping peyampaian bantuan kepada mangsa yang tejejas.

 

Lawatan MDN 1     Lawatan MDN 3

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 Tarikh: 27 Jamadil Awal 144H/ 22 Disember 2022

Tempat: Kampung Pangkal Merabang,Dewan Kecil Labok Machang.

 Kira-kira 100 sukarelawan, Jabatan kerajaan dan agensi menyertai Program Gotong-royong Pasca Banjir di Kampung Pangkal Merabang,Dewan Kecil Labok Machang. Gotong-royong melibatkan pembersihan kawasan yang teruk terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Program sebegini bukan sahaja dapat merapatkan lagi ikatan penyatuan silaturrahim sesama masyarakat setempat bahkan dapat melahirkan perasaan simpati terutamanya kepada penduduk dan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Ucapan terima kasih kepada semua yang teribat.  Antaranya Rela, Bomba, PDRM , ATM, Majlis Daerah Machang,Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penduduk Setempat.

 

WhatsApp Image 2022 12 23 At 173600     WhatsApp Image 2022 12 23 At 173601

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH TAHUN 2022 DAN PELANCARAN DASAR KELANTANKU BERSIH

Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 dan Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih telah diadakan di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Ust Dato' Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Daerah Machang telah memenangi Anugerah:

1. Johan Kategori Institusi Pengajian Tinggi Terbersih - UITM Kampus Machang

2. Johan Kategori Taman Perumahan Terbersih - Taman Impian Putra

3.Tempat Kedua Kategori Sek Men YIK - Sekolah Menengah Arab Asaniah Pangkal Jenereh

4. Tempat Ketiga Kategori Premis Makanan Terbersih - Wanpaku Coffee

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Bersama menjaga Kebersihan, Keindahan dan Kecerian Daerah Machang.

 

318462753 511027141050239 2353449533924969254 N

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

21 Rabiul Awal 1444H Bersamaan 18 Oktober 2022 - Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan.

 Sebanyak 38 buah kumpulan inovasi dari semua peringkat Sektor Awam di Negeri Kelantan telah menyertai acara ini dengan pertandingan inovasi bagi empat kategori ; Inovasi Pengurusan Kewangan, Inovasi ICT, Inovasi Pentadbiran Tanah & Jajahan, dan Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.

 

 Majlis Daerah Machang berjaya meraih tempat Ketiga Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan dengan memperkenalkan inovasi "Walking Dustbin Troley" atau "WalkDuT" hasil dari kumpul Bahagian Kebersihan. Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500.00, sijil dan plak iringan. Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan diatas kejayaan ini.

 
 
WhatsApp Image 2022 10 25 At 110821 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PASAR MALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tarikh: 14 Oktober 2022.

Tempat: Dataran Kemahkotaan.

 

YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Caretaker Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pasar Malam Jalan Kweng Umat, Machang, Kelantan.

KPKT terus komited dalam memperkukuhkan lagi tahap kecekapan pengurusan pasar malam/ pasar harian/ pasar tani oleh PBT ke arah penyediaan perkhidmatan perbandaran yang mampan selari dengan aspirasi “Malaysia Berdaya Huni” atau “Liveable Malaysia”.

 

Majlis turut dihadiri oleh YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Tuan Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang, Kelantan.
 
Tr01 1 Tr01 15

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today11
Yesterday23
This week132
This month623
Total8582

2024-07-27
Tarikh Kemaskini Terakhir: 26-07-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication
alcc-research.com henrygrimes.com