Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+

BERITA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

21 Rabiul Awal 1444H Bersamaan 18 Oktober 2022 - Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan.

 Sebanyak 38 buah kumpulan inovasi dari semua peringkat Sektor Awam di Negeri Kelantan telah menyertai acara ini dengan pertandingan inovasi bagi empat kategori ; Inovasi Pengurusan Kewangan, Inovasi ICT, Inovasi Pentadbiran Tanah & Jajahan, dan Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.

 

 Majlis Daerah Machang berjaya meraih tempat Ketiga Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan dengan memperkenalkan inovasi "Walking Dustbin Troley" atau "WalkDuT" hasil dari kumpul Bahagian Kebersihan. Kumpulan ini berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500.00, sijil dan plak iringan. Majlis Daerah Machang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan diatas kejayaan ini.

 
 
WhatsApp Image 2022 10 25 At 110821 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PASAR MALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tarikh: 14 Oktober 2022.

Tempat: Dataran Kemahkotaan.

 

YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Caretaker Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pasar Malam Jalan Kweng Umat, Machang, Kelantan.

KPKT terus komited dalam memperkukuhkan lagi tahap kecekapan pengurusan pasar malam/ pasar harian/ pasar tani oleh PBT ke arah penyediaan perkhidmatan perbandaran yang mampan selari dengan aspirasi “Malaysia Berdaya Huni” atau “Liveable Malaysia”.

 

Majlis turut dihadiri oleh YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Tuan Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang, Kelantan.
 
Tr01 1 Tr01 15

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TAKLIMAT DAN UNDIAN PETAK PASAR MALAM JALAN KWENG UMAT

 

TRANSFORMASI PASAR MALAM KELUARGA MALAYSIA

Tarikh: 08 September 2022

 

Taklimat Dan Undian Petak Pasar Malam Jalan Kweng Umat , Transformasi Pasar Malam Keluarga Malaysia telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna MDM pada 08 September 2022. Seramai 285 telah hadir bagi mengisi dan mengundi kedudukan petak yang di sediakan. Petak yang disediakan terbahagi kepada 3 kategori Pakaian,Pelbagai dan Makanan/Minuman. Pemindahan bermula 9September 2022.

DSC 0327     DSC 0330

DSC 0335    DSC 0339

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERPADUAN MASYARAKAT, KEBUDAYAAN, WARISAN DAN PELANCONGAN KE TAMAN REKREASI AIR PANAS TOK BOK 

 

Tarikh: 07 SEPTEMBER 2022 (RABU)

 

YB Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan telah hadir melawat ke Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok bagi meninjau kawasan sekitar taman rekreasi ini.  YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Yang DiPertua MDM dalam mengiringi lawatan tersebut. Tujuan lawatan ini adalah mengetahui keadaan dan pengoperasian yang telah dijalankan oleh pihak MDM.

 

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH TAHUN 2022

DI TANDAS AWAM  PASAR BORONG WAKAF BATA,MACHANG

ANJURAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN.

 

Pelancaran Kempen Tandas Awam Bersih Jajahan Machang dan Gotong Royong Cuci Tandas Pasar Borong Wakaf Bata Machang. Sasaran kempen ini adalah untuk mempertingkatkan Penarafan Bintang Tandas Awam untuk mencapai sekurang-kurangnya 4 bintang dan seterusnya mewujudkan tandas awam yang bersih, selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai. Tandas Pasar Borong Wakaf Bata Machang telah dipilih dalam pelancaran kempen ini.

Tandas Bersih,Keluarga Malaysia Sihat.

WhatsApp Image 2022 08 04 At 101238 AM

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today9
Yesterday23
This week152
This month128
Total10228

2024-10-06
Tarikh Kemaskini Terakhir: 05-10-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication