Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PASAR MALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN
MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PASAR MALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Tarikh: 14 Oktober 2022.
Tempat: Dataran Kemahkotaan.
YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Caretaker Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pasar Malam Jalan Kweng Umat, Machang, Kelantan.
KPKT terus komited dalam memperkukuhkan lagi tahap kecekapan pengurusan pasar malam/ pasar harian/ pasar tani oleh PBT ke arah penyediaan perkhidmatan perbandaran yang mampan selari dengan aspirasi “Malaysia Berdaya Huni” atau “Liveable Malaysia”.
Majlis turut dihadiri oleh YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Tuan Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang, Kelantan.