MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH TAHUN 2022
MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH TAHUN 2022 DAN PELANCARAN DASAR KELANTANKU BERSIH
Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 dan Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih telah diadakan di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Ust Dato' Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Daerah Machang telah memenangi Anugerah:
1. Johan Kategori Institusi Pengajian Tinggi Terbersih - UITM Kampus Machang
2. Johan Kategori Taman Perumahan Terbersih - Taman Impian Putra
3.Tempat Kedua Kategori Sek Men YIK - Sekolah Menengah Arab Asaniah Pangkal Jenereh
4. Tempat Ketiga Kategori Premis Makanan Terbersih - Wanpaku Coffee
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Bersama menjaga Kebersihan, Keindahan dan Kecerian Daerah Machang.