Articles
IKLAN JAWATAN KOSONG
IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS DAERAH MACHANG
A. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ( lelaki / perempuan ) yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang, 18500 Machang, Kelantan sebagaimana berikut :
1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAN AWAM) GRED JA19
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
4. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
5. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
6. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
7. PEMBANTU AWAM (BURUH AM) GRED H11
B. CARA MEMOHON
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 setiap satu. Borang Permohonan boleh didapati di kaunter MDM bermula 08HB FEBRUARI 2022.
ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan kad pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A. Borang permohonan hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah atas kiri.
iii. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Machang,
Jalan Tok Kemuning,
18500 Machang, Kelantan.
iv. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan.
v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
vi. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.
IKLAN JAWATAN : KLIK DISINI
C. TARIKH TUTUP : 21HB. (ISNIN) FEBRUARI, 2022.