Articles
IKLAN JAWATAN KOSONG MDM BIL2/2022
IKLAN JAWATAN KOSONG MDM BIL2/2022
MAJLIS DAERAH MACHANG
A. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ( lelaki / perempuan ) yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang, 18500 Machang, Kelantan sebagaimana berikut :
1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - (IKLAN JAWATAN - Klik Disini)
B. CARA MEMOHON
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 setiap satu. Borang Permohonan boleh didapati di kaunter MDM bermula 17HB JULAI 2022 (AHAD).
ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan kad pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A. Borang permohonan hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah atas kiri.
iii. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Machang,
Jalan Tok Kemuning,
18500 Machang, Kelantan.
iv. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan.
v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
vi. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.
IKLAN JAWATAN : KLIK DISINI
TARIKH IKLAN : 17 JULAI 2022 (AHAD)
C. TARIKH TUTUP : 28HB JULAI, 2022 (KHAMIS).