Articles
TAWARAN SEBUTHARGA BIL.8 MDM30/2022 - MDM38/2022
NOTIS PEMAKLUMAN SEBUTHARGA
MAJLIS DAERAH MACHANG
1. Sebut harga dipelawa kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Machang dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (LPIM/CIDB dalam Gred G1) dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk menyertai sebut harga di bawah. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. Lawatan tapak adalah tidak wajib dan taklimat secara on-line akan disiarkan pada 02 OGOS 2022, jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di pautan mdmachang.kelantan.gov.my dan juga di media sosial rasmi Majlis Daerah Machang (Facebook). Pautan: i). VIDEO TAKLIMAT SEBUTHARGA. iv). BORANG PENDATARAN PEMBELIAN SEBUTHARGA. iv). SLIDE PENERANGAN TAWARAN SEBUTHARGA.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. Petender hendaklah mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Taraf Bumiputera oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA kepada Pegawai yang mengendalikan Sebutharga semasa mengambil borang tersebut. PEMILIK SYARIKAT TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL SEMASA PEMBELIAN BORANG DOKUMEN SEBUT HARGA. Segala maklumat berkenaan lokasi, tapak dan syarat-syarat am kontrak hendaklah dirujuk dalam pautan yang diberikan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. Dokumen Sebutharga bagi G1 akan dikeluarkan bermula jam 2.00 petang pada 02 OGOS 2022 sehingga 08 OGOS 2022. Dokumen Sebutharga TIDAK akan dikeluarkan selepas tempoh ini dan pemilik syarikat yang daftar taklimat secara on-line sahaja di pautan mdmachang.kelantan.gov.my berhak mendapatkan borang dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 02 OGOS 2022. Semua pembayaran hendaklah dalam bentuk Wang Tunai. Cek-cek persendirian tidak diterima. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Malis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 08 OGOS 2022. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekian, terima kasih.
“RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” |