Articles
TAWARAN SEBUTHARGA BIL.11 MDM59/2022
NOTIS PEMAKLUMAN SEBUTHARGA
MAJLIS DAERAH MACHANG
1. Sebut harga dipelawa kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Machang dan Kementerian Kewangan Malaysia serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk menyertai sebut harga di bawah. |
||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||
2. Lawatan tapak adalah tidak wajib dan taklimat secara on-line akan disiarkan pada 31 OKTOBER 2022, jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di pautan mdmachang.kelantan.gov.my dan juga di media sosial rasmi Majlis Daerah Machang (Facebook). Pautan: (Pautan Akan Aktif Pada Tarikh yang dinyatakan) i). VIDEO TAKLIMAT SEBUTHARGA. iv). BORANG PENDAFTARAN PEMBELIAN SEBUTHARGA. iv). SLIDE PENERANGAN TAWARAN SEBUTHARGA. |
||||||||||||||||||||
3. Petender dikehendaki mengemukakan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (KKM) kepada Pegawai yang mengendalikan Sebutharga semasa mengambil Borang tersebut. PEMILIK SYARIKAT TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL SEMASA PEMBELIAN BORANG DOKUMEN SEBUT HARGA. Segala maklumat berkenaan lokasi, tapak dan syarat-syarat am kontrak hendaklah dirujuk dalam pautan yang diberikan. |
||||||||||||||||||||
4. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan bermula jam 2.00 petang pada 31 OKTOBER 2022 sehingga 6 NOVEMBER 2022. Dokumen Sebutharga TIDAK akan dikeluarkan selepas tempoh ini dan pemilik syarikat yang daftar taklimat secara on-line sahaja di pautan mdmachang.kelantan.gov.my berhak mendapatkan borang dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 31 OKTOBER 2022. Semua pembayaran hendaklah dalam bentuk Wang Tunai. Cek-cek persendirian tidak diterima. |
||||||||||||||||||||
5. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Malis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, pada 06 NOVEMBER 2022. |
||||||||||||||||||||
Sekian, terima kasih. “ALLAH DITAATI, RAJA DISANJUNGI, RAKYAT DIKASIHI” “SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” |