Articles
TAWARAN SEBUTHARGA BIL.15 MDM37-MDM46/2023
NOTIS PEMAKLUMAN SEBUTHARGA
MAJLIS DAERAH MACHANG
1. Sebut harga dipelawa kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Machang dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIM/CIDB dalam Gred G1 dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk menyertai sebut harga di bawah. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK SECARA FIZIKAL ADALAH DIWAJIBKAN akan diadakan pada 26 OGOS 2024, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat MD Machang. Kontraktor yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut perlu mengisi borang kehadiran secara atas talian (google form) bermula 22 OGOS 2024 sehingga tarikh dan waktu taklimat diadakan. Pautan: i). BORANG PENDAFTARAN PEMBELIAN DOKUMEN SEBUTHARGA ii). IKLAN NOTIS SEBUTHARGA iii). SLIDE TAKLIMAT SEBUTHARGA
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. Petender dikehendaki mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Taraf Bumiputra oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), SURUHANJAYA TENAGA MALAYSIA kepada Pegawai yang mengendalikan Sebutharga semasa mengambil Borang tersebut. PEMILIK SYARIKAT TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL SEMASA PEMBELIAN BORANG DOKUMEN SEBUT HARGA. Segala maklumat berkenaan lokasi, tapak dan syarat-syarat am kontrak hendaklah dirujuk dalam pautan yang diberikan.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. Dokumen Sebutharga bagi G1 akan dikeluarkan bermula jam 2.00 petang pada 26 OGOS 2024 sehingga 01 SEPTEMBER 2024. Dokumen Sebutharga TIDAK akan dikeluarkan selepas tempoh ini dan pemilik syarikat yang hadir secara fizikal semasa TAKLIMAT dan LAWATAN TAPAK dijalankan sahaja berhak mendapatkan borang dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 26 OGOS 2024. Semua pembayaran hendaklah dalam bentuk Wang Tunai. Cek-cek persendirian tidak diterima.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Malis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, pada 01 SEPTEMBER 2024. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekian, terima kasih.
“ ISLAM MEMIMPIN, RAJA MENAUNGI, NEGERI BERKAT ” “ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT ” |