1. Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2024 (KLIK DISINI)
2. Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2023 (KLIK DISINI)
3. Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2022 (KLIK DISINI)
4. Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2021 (KLIK DISINI)
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada 1 Januari 2024 , kita diberi keizinan untuk melangkah ke tahun baru 2024. Tahun 2023 yang kita tinggalkan telah melakarkan beberapa pencapaian cemerlang yang boleh kita sama-sama banggakan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga MDM yang telah memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu untuk menjayakan setiap program yang telah dirancang sepanjang tahun lalu. Semoga segala kerja keras, usaha dan komitmen untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai sepanjang tahun 2022 diberkatiNya.
Namun pada tahun 2024, kita harus lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih getir seiring dengan perubahan dan perkembangan persekitaran yang tidak menentu dan semoga dipermudahkan jua segala urusan. Saya menyeru kepada seluruh warga MDM bersama-sama saya untuk memperkasakan lagi MDM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi yang lebih tinggi bagi memastikan segala perancangan dan agenda yang telah diatur dapat dicapai. Tumpuan harus diberi kepada pembangunan keupayaan melalui perubahan sikap yang positif dan pembangunan minda yang progresif melalui pendekatan menyeluruh berteraskan amalan-amalan baik iaitu kerja berpasukan, integriti, kualiti kepimpinan, kebolehpercayaan, nilai murni dan kerohanian dan juga pembangunan ilmu.
Saya ingin menekankan supaya setiap warga MDM terus memberi perhatian kepada proses tadbir urus yang baik dan kepimpinan berkesan dalam aspek akauntabiliti, ketelusan dan proses membuat keputusan. Semua warga MDM wajar memperbaharui keazaman dan memberi sokongan padu kepada setiap inisiatif transformasi dan membudayakan nilai-nilai murni yang menjadi amalan warga MDM untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berprestasi tinggi melalui semangat permuafakatan dan kesepakatan di semua peringkat.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga MDM di atas usaha dan kerjasama padu, dan mendoakan semoga kita terus diberi kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kepada seluruh warga MDM yang dikasihi..
SELAMAT TAHUN BARU 2024.
Sekian.
Nama |
YABrs. EN. MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM |
Skim Perkhidmatan |
Pegawai Tadbir N54 |
Jenis Pekerjaan |
Yang Dipertua |
Agama |
Islam |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
|
Alamat |
Majlis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang, Kelantan. |
Kewarganegeraan |
Malaysia |
Keturunan |
Melayu |
Negeri Lahir |
Kelantan |
Taraf Perkhidmatan |
Tetap |
Tarikh ke Jabatan Ini |
22 Jamadil Awal 1443H / 06 Disember 2023 |
Nama |
HAZWAN RIZAL BIN DAT'O ABDUL HALIM |
Jawatan Di MDM |
Penolong Setiausaha Majlis Daerah Machang ( |
Agama |
Islam |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
|
Alamat |
Majlis Daerah Machang, Jalan Tok Kemuning, 18500 Machang Kelantan. |
Kewarganegeraan |
Malaysia |
Keturunan |
Melayu |
Negeri Lahir |
Kelantan |
Skim Perkhidmatan |
Pegawai Tadbir N41 |
Jenis Pekerjaan |
Penolong Setiausaha |
Taraf Perkhidmatan |
Tetap |
Tarikh ke Jabatan Ini |
10 Ogos 2020 |