Lambang Kerajaan Negeri Kelantan |
|
Bendera Majlis Daerah Machang |
|
Bendera Jajahan Majlis Daerah Machang |
|
Melambangkan Jata Negeri Kelantan |
|
Penubuhan Majlis Daerah Machang |
|
Peta Kawasan Operasi Majlis Daerah Machang |
|
Melambangkan Pembangunan dan Perindustrian |
Tugas berhubung dengan pentadbiran, pembersihan bandar, mengadakan lampu jalan, membina dan menyelenggara jalan dan parit, menjaga kesihatan awam dan memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan.
Misi
Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk terutamanya dari segi kesihatan dan keselesaan hidup.
Visi
Menjadikan Bandar Machang sebagai Bandar sejahtera.
Objektif
Majlis Daerah Machang ditubuhkan untuk merancang,menyelaras dan melaksanakan penempatan manusia yang lebih sempurna dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan sosial dan peluang-peluang ekonomi yang mencukupi. Antara objektif untuk mencapai matlamat di atas.
- Untuk menepati dasar Kerajaan Tempatan yang memerlukan bahawa kelaknya setiap inci tanah di Semenanjung Malaysia ini diletakkan di bawah pentadbiran yang cekap.
- Untuk meningkatkan taraf organisasi penguasa-penguasa tempatan yang ada sekarang ke taraf yang lebih baik.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan tempatan kepada orang ramai dalam ertikata yang lebih memuaskan dan lebih meluas.
- Menambah keupayaan dan membolehkan penguasa-penguasa tempatan membuat, mengatur, menyusun dan melaksanakan perancangan-perancangan yang sesuai mengikut keperluan dan desakan kehendak semasa.
- Mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat serta viable organisasi dan agensi pentadbiran dan pembangunan.