Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Apa itu cukai taksiran?

Jawapan

Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :

  • Bangunan Kediaman
  • Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
  • Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Soalan 2

Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?

Jawapan

Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :-

*  1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun
* 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun

Soalan 3

Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?   

Jawapan
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada:-

  • Januari - 1/2 tahun pertama
  •  Julai - 1/2 tahun kedua

Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada:-

  • Mac - 1/2 tahun pertama
  • September - 1/2 tahun kedua

Soalan 4

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil /Notis?

Jawapan

Anda Dikehendaki Datang Sendiri Ke Kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Ibu Pejabat MDM, dengan membawa:-

  •  Bil/Notis lama atau
  • No. Akaun (jika ada) atau
  • No. lot/rumah dan kedudukan harta.

Soalan 5

Apakah jenis lesen yang perlu dipohon?

Jawapan

Semua jenis perniagaan sama ada berniaga di premis atau menjaja, lesen iklan dan lesen sementara.

Soalan 6

Adakah setiap pembinaan memerlukan pelan?

Jawapan

Ya, perlu kepada pelan berskala, dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.

 Soalan 7

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

Jawapan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
- Majis/Dewan Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah

Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

Soalan 8

Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

Jawapan
145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Soalan 9
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen?

Jawapan

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport
  2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
  3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
  4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja)
  5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
  6. Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
  7. Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
  • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan
    (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
  • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
  • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan

  1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
  2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
  3.   Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
  4.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan  Jabatan bomba Malaysia
  • Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
  • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
  • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

  1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
  2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
  3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
  4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai  tanpa kebenaran. Sila hubungi  Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
  5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
  6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
  7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong  
  8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INFOMASI ZON BERSIH, INDAH DAN CERIA (BCI).

 

Program Kelantanku Bersih yang dilancarkan sejak April 2019 kini diteruskan dan diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan serta keberkesanan program secara menyeluruh kepada rakyat negeri Kelantan. 

YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan di dalam ucapan perasmian beliau amat mengharapkan Kelantan dikenali sebagai sebuah negeri yang bersih, ceria dan indah.

 

ELEMEN ZON BERSIH, INDAH DAN CERIA

Infografik Zon Bersih Indah  Ceria

 

Larangan

 

 

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Statistik Aplikasi Dalam Talian 2021

 

No.

Aplikasi

Bilangan Transaksi 2021

Jan

%

Feb

%

Mac

%

April

%

Mei

%

Jun

%

 1.
 Sistem Cadangan, Aduan &
 Maklumbalas

4

100%

0 100%                
 2.
 Sistem OSC 3 Plus 

10

100%

 37 100%                
 3.
 Sistem Memos

20

100%

 23 100%                
 4.
 Sistem e-Aduan

2

100%

 0  0%                
 
JUMLAH

34

100%

60 100%                

 

 

No.

Aplikasi

Bilangan Transaksi 2021

Jul

%

Ogo

%

Sep

%

Oct

%

Nov

%

Dis

%

 1.
 Sistem Cadangan, Aduan &
 Maklumbalas
                       
 2.
 Sistem OSC Online
                       
 3.
 Sistem PTSITP
                       
 4.
 Sistem e-Aduan
                       
 
JUMLAH                        

 

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PEKELILING

1. Pekeliling perbandaran bil. 6 tahun 1995

  • Syarat–syarat dan tatacara Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

2. Pekeliling perbandaran bil. 4 tahun 1995

  • Kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi pegawai - pegawai perkhidmatan awam kerana bertukar atau berpindah rumah.

3. Pekeliling perbendaharaan bil. 6 tahun 2002

  • Peraturan mengenai pembekalan pakaian seragam bagi kakitangan pejabat.

4. Pekeliling perbendaharaan bil. 3 tahun 2003

  • Kadar syarat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam kerana menjalankan tugas kami (tidak termasuk anggota tentera dan anggota polis).

5. Pekeliling perbandaran bil. 8 tahun2004

  • Penubuhan jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun di agensi Kerajaan Persekutuan.

6. Pekeliling perbandaran bil. 2 tahun 2006

  • Pindaan pekeliling perbandaran bil.3 tahun 2003 dan pekeliling perbendaharaan bil. 4 tahun 2004 mengenai elaun perjalanan kenderaan.

7. Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 16 tahun 2007

  • Pindaan kadar imbuhan tetap perumahan.

8. Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 15 tahun 2007

  • Penjelasan mengenai perlaksanaan pemberian kemudahan dan pakaian istiadat, bantuan bayaran pakaian black tie dan bayaran menghadiri upacara rasmi.

9. Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 11 tahun 2007

  • Memberi kenaikan bayaran perkhidmatan bagi pegawai lantikan secara Contract For Service

10. Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2007

  • Penurunan kuasa urusan penempatan dan pertukaran pegawai guna sama persekutuan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

AKTA

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan :

  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan
  • Penyenggaraan Parit Dan Longkang
  • Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan
  • Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam
  • Penyenggaraan Tempat-tempat Awam
  • Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam
  • Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima :

  • Cukai Taksiran
  • Bayaran-bayaran Lesen & Denda
  • Geran Pelancaran
  • Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  • Geran Untuk Projek-projek Pembangunan
  • Geran Penyenggaraan Jalan

Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan :

  • Perumahan
  • Perindustrian & Perdagangan
  • Kemudahan-kemudahan Rekreasi
  • Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172)

  • Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya.
  • Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.
  • Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya.
  • Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

  • Meluluskan Pelan Bangunan.
  • Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan.
  • Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan.
  • Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan.
  • Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan.
  • Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya.
  • Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap.
  • Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO).

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today17
Yesterday23
This week158
This month644
Total6453

2024-04-28
Tarikh Kemaskini Terakhir: 27-04-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication
https://ffaw.orghttps://monkproject.orgslot luar negeri