Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
 
    Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Cara Pemohonan Lesen Tred, Perniagaan, Industri Dan Pengiklanan.

Sila dapatkan borang di Unit/Kaunter Pelesenan, Pejabat Majlis Daerah Machang, 18500 Machang Kelantan.

Dokumen Yang Perlu Semasa Pemohonan Lesen.

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport
  2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
  3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
  4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minumam sahaja)
  5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua.
  6. Lesen asal / lesen papan iklan 
  7. Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
    • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan
      (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
    • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
    • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan

  1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
  2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
  3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
  4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan  Jabatan bomba Malaysia
    • Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
    • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
    • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

  1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
  2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
  3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
  4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai  tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
  5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
  6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
  7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong  
  8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

HUBUNGI KAMI:

/

MAJLIS DAERAH MACHANG.
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG,
KELANTAN DARUL NAIM.
T (+609) 975 1076
F (+609) 975 1431
Web: www.mdm.kelantan.gov.my
Email: mdm (at) kelantan.gov.my

KOD QR WEB MOBIL

Frame

Kaunter Pelawat

Today9
Yesterday23
This week152
This month128
Total10228

2024-10-06
Tarikh Kemaskini Terakhir: 05-10-2024, 04:35 PM
©️ Copyright 2023. Hak cipta terpelihara.
Majlis Daerah Machang,

Search

DASAR PRIVASI

 

Publication